Sunday, June 24, 2018

Pembukaan Piagam ASEAN Bahasa Malaysia

PEMBUKA BICARA DARIPADA
MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA
Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana
Piagam ASEAN telah dapat diterjemahkan dari
Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Usaha
penterjemahan ini diharap akan memberi kelebihan
kepada Bahasa Melayu dari sudut pengkayaan
bahasa ibunda disamping memberi manfaat yang
lebih meluas kepada rakyat Malaysia khususnya
dan rakyat Negara Asia Tenggara yang bahasa
pertuturannya Bahasa Melayu amnya yang ingin
memahami dan mendalami Piagam tersebut.
Pemeteraian tandatangan Piagam ASEAN pada
20 November 2007 dan penguatkuasaan Piagam
tersebut pada 15 Disember 2008 merupakan
detikdetik penting kepada ASEAN bagi merintis
langkah ke hadapan di dalam membentuk satu
Komuniti ASEAN yang diidam-idamkan menjelang
tahun 2015.
Saya menaruh keyakinan tinggi bahawa inisiatif￾inisiatif ASEAN berpandukan kepada Piagam
yang telah dipersetujui akan dapat membuahkan
keamanan dan kestabilan di rantau ini. Disamping
itu juga, ianya akan membentuk Negara-Negara
Asia Tenggara yang bersatu, bekerjasama, dinamik,
prihatin, mempunyai kredibiliti dan berketrampilan di
pentas antarabangsa.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ribuan terima
kasih kepada pihak Institut
Terjemahan Negara, Jabatan Peguam Negara dan
semua yang terlibat dalam
menjayakan usaha menterjemahkan Piagam ASEAN
ke dalam Bahasa
Melayu ini.
DATO’ SERI UTAMA DR. RAIS YATIM
25 Februari 2009

No comments:

Post a Comment